Couple ?

Assalamualaikum dan haiii . Dah lama tak bukak belog ni . dah bersawang da . (Padahal baru je 4 hari -,-) hikss . Okay nak share sikit mengenai putus cinta . 
  
   Zaman sekarang ni memang ramai yang couple .Budak sekolah rendah pun ada yang couple . hmm nak tanya . best ke couple ? Apa yang kita dapat dari couple ni ? kasih sayang ? Tapi apa yang aku tengok selalunya , sakit hati,kecewa, menangis. Itu yang selalunya . Nak buat apa couple . Couple hukumnya haram . Allah murka tau kalau kita buat benda yang haram. Cuba elakkan dari buat benda yang haram. Panggil biy-bby lahh , syg-abg lahh , macam-macam lahh . belum kahwin dah panggil manja-manja. Tapi kalau dah kahwin tu takpelahhh . hmm jangan . Allah murka tau panggil manja-manja yang bercampur dengan nafsu . 

   Kaum hawa , jaga harga diri kita . bukannya couple lepastu clash . Lepastu couple dengan orang lain . Seola-olah harga diri kita murah. Tahan diri kita dari berbuat maksiat dengan bukan muhrim . Dunia ialah perhiasan , dan semahal mahal perhiasan ialah wanita solehah. Sama-samalah kita memperbaiki diri untuk menjadi wanita solehah . InshaAllah :)



Perancangan Allah yang terbaik

Bermulanya aku di dunia belog ini.

Aku membuat belog ini hanya untuk suka suki , untuk share sikit info-info. untuk menceritakan tentang kisah hidupku. So , I'm new here ! ni ada pantun untuk awak ^^

     Buah cempedak diluar pagar,
     Ambil galah tolong jolokkan.
     Saya budak baru belajar,
     Kalau salah tolong tunjukkan . ^^

hihihi . Nak follow? dialu-alukan :) . Tak nak follow ? Tak pe , tak kesah punn . hikss :P Belog ni simple je . Dalam proses mencomelkan belog ini. hihi. 





Thank You Allah :)
             

Perancangan Allah yang terbaik

Mengumpat

Mengumpat adalah salah satu perbuatan yang tidak bermoral di mana seseorang itu memberitahu sesuatu keburukan atau keaiban orang lain tanpa pengetahuan orang yang dimaksudkan itu.hmm aktiviti mengumpat ni memang selalu terjadi . Tak kiralah tua atau muda atau remaja atau kanak-kanak xP .


haa contohnya macam gambar yg ada kat atas ni. Cakap benda yg buruk . Nak tau tak ? Dosa mengumpat ni adalah dosa besar. Antara dosa yg tidak diampunkan oleh Allah walaupun si pengumpat betul-betul bertaubat.Jadi, macam mana hendak menghapuskan dosa mengumpat ni ? Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yg diumpat sahaja . Selagi dia tidak maafkan si pengumpat, selagi itulah dosa dia akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat kelak.

Tapi , mengumpat ni dah biasa dilakukan. Mereka tidak merasakan yang mengumpat adalah satu perbuatan yg berdosa.Inilah yg perlu kita renungkan bersama .



Perancangan Allah yang terbaik

Copyright© All Rights Reserved nadhirahlina.blogspot.com